Tuesday, June 2, 2009

Grade Diapers Import

Apa itu Grade A?
Grade A adalah diaper yang diimport siap pek dari negara pengeluar/asal. Ianya telah melepasi QC kilang berkenaan, 100% berkeadaan baik. Grade A dijual di negara pengeluar/asal di pasaran terbuka (supermarket, kedai). Contoh Huggies Taiwan dan Ichiban A+ dari negara Taiwan.

Apa itu Grade B?
Grade B adalah diaper yang tidak memenuhi QC kilang pengeluar dan tidak boleh dipek untuk dijual negara tersebut.

Biasanya apabila proses print diaper di kilang terganggu (contoh mesin jem) terdapat diaper yang rosak dalam production line diaper tersebut. Kilang akan reject whole line. Ianya kemudian dijual kepada agen yang membeli grade B ini untuk dijual ke luar negara.

Agen akan mengumpul grade B dari kilang berlainan. Apabila agen mendapat order dari pengimport ia kan menimbang diaper grade B ini dan dimampatkan (compress) sebelum dimuatkan di dalam kontena.Grade B adalah diaper yang diimport dalam ‘bales’ yang telah di ‘compress”. Sebab itu grade B yang sampai terdapat pelbagai jenis gambar, rupa dan kaler diaper.

Apa yang datang dalam kontena tersebut, itulah stok yang kami jual. Apabila grade B sampai di kilang pengimport di Malaysia, kerja-kerja memproses diaper dilakukan secara manual oleh pekerja di kilang;- MEMILIH dan MENGASINGKAN(memilih hanya diaper yang cukup syarat untuk dipek)- MEMBUNGKUS/PEK(diaper yang telah dipilih diakan dipek dlm palstik biasa)

Diaper grade B terdiri dari :Maman diimport dari negara Korea (sebulan 2-3x kontena sampai), Europe diimport dari negara Europah spt Belgium, Perancis (2 bln sekali), Ichiban diimport dari negara Taiwan (2 bulan sekali).

Pengguna tidak perlu bimbang keputusan stok kerana Dealer akan menyimpan stok untuk pelanggan mereka. Grade B bukan bermakna ianya tidak berkualiti, malah kualiti diaper tersebut lebih baik berbanding dengan diaper-diaper murah yang dijual di pasaraya/ kedai2.

Ia mampu membuat anda tersenyum berpuashati melihat anak anda begitu selesa tanpa kebasahan. Dan anda tidak perlu bangun waktu malam hanya untuk menyalin diaper anak anda. Kini ibubapa mampu tidur dengan lebih lena…apalagi simanja.!!

Apakah perbezaan diaper Import ini dengan diaper yang dijual di kedai2 lampin murah/bundle yang kini banyak terdapat di sekitar semenanjung Malaysia?
1- Kami hanya membeli diaper yang telah siap dipek di kilang. Segala proses memilih dan pek dilakukan di kilang. Kilang memberi JAMINAN untuk menerima dan mengantikan segala diaper yang reject sekiranya pengguna menjumpainya di dalam pek yang mereka beli.

2-Antara pelbagai jenis diaper yang ada, Kami HANYA MENJUAL DIAPER YANG TERBUKTI BAGUS DARI SEGI KUALITI RESAPAN DAN yang mempunyai permintaan yang tinggi kerana pengguna telah mencuba dan terbukti bagus. Sedangkan di kedai lampin bundle..mereka membeli diaper secara kilo (bales) dan proses memilih dan membungkus dilakukan sendiri di kedai mereka. Mereka terpaksa menanggung risiko menerima % tinggi diaper yang reject di dalam bales yang mereka beli. Diaper reject ini adakalanya terpaksa mereka campur di dalam pek untuk dijual bagi mengurangkan kos. Mereka juga mencari pengimport yang menjual grade B dengan harga murah tetapi kualitinya tidak setanding Europe/Maman/Ichiban.

No comments:

Post a Comment